Assalamualaikum...
Tanggal 20 Mac 2011, tepat jam 2.59 petang bersamaan hari Ahad, lahirnya seorang puteri permata hati Mummy dan Papa.. Puteri kesayangan kami diberi nama Nur Syaidatul Hadirah bt Mohd Fazli.. Lahirnya puteri kesayangan kami ini melengkapkan lagi hidup kami berdua.
Kehadiran Hadirah memberi sinar baru dalam hidup Mummy dan Papa. Tak dapat dibayangkan kegembiraan yang dirasai oleh Mummy dan Papa apabila Hadirah lahir ke dunia ini. Walaupun sakit yang dirasai oleh Mummy ketika melahirkan Hadirah, tapi ganjaran daripada kesakitan itu amatlah bermakna buat Mummy. Kesakitan dan kepayahan itu telah diganti dengan airmata kegembiraan menerima kehadiran Hadirah..
Kesukaran ketika melahirkan Hadirah membuatkan Mummy terfikir, begini rasa sakitnya ketika ibu kita melahirkan kita. Di saat itu juga tanpa disedari airmata Mummy mengalir mengenangkan kepayahan dan kesakitan itu. Disebabkan Mummy kekurangan tenaga ketika melahirkan Hadirah, kepala Hadirah tersekat agak lama juga dan ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya Mummy pada masa tu. Macam-macam perkara terbayang di fikiran Mummy tapi alhamdulillah, akhirnya Mummy berjaya melahirkan Hadirah dengan selamat.
Mummy & Papa: Terima kasih ya Allah kerana telah mengurniakan seorang cahayamata yang dinanti selama ini oleh kami.. sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu atas anugerah yang tak terhingga ini.. semoga anak ini dapat kami jaga dengan baik & sempurna menjadi seorang muslimah yang solehah kelak..
* Hadirah - sejam selepas dilahirkan *

Mummy juga telah dibantu oleh semua staff nurse yang ada di situ. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua staff nurse di situ kerana tak jemu-jemu memberi kata-kata semangat kepada Mummy dan memberi bantuan ketika itu.
Sesungguhnya, kelahiran Hadirah ini mengingatkan Mummy betapa besarnya pengorbanan seorang ibu ketika bertarung nyawa melahirkan anaknya ke muka dunia. Beginilah sakit dan peritnya rasa seorang ibu yang tidak difahami oleh Mummy sendiri selama ini. Melalui pengalaman Mummy sendirilah Mummy merasai perasaan seorang ibu kini, yang dulunya Mummy selalu ambil mudah...
* malam pertama bersama Hadirah di hospital *
Mummy & Papa: Terima kasih ya Allah kerana telah mengurniakan seorang cahayamata yang dinanti selama ini oleh kami.. sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu atas anugerah yang tak terhingga ini.. semoga anak ini dapat kami jaga dengan baik & sempurna menjadi seorang muslimah yang solehah kelak..

No comments:
Post a Comment