Assalamualaikum.. salam 1 malaysia..
Jumaat lepas, Mummy pulang ke rumah Oni Hadirah untuk menjenguk my muchuk bulat kesayangan Mummy, Hadirah.. Tapi kesian Hadirah.. Hadirah dah tak bulat sangat.. Hadirah cirit-birit..dah 2 malam.. Oni kata mungkin sebab Hadirah dah mula belajar mengiring dan meniarap. Kebiasaannya, kata orang dulu-dulu, budak yang baru nak belajar-belajar meniarap akan demam atau cirit-birit. Hadirah pula cirit-birit.. Dalam Hadirah cirit-birit tu, dah beberapa kali dia mengiring dan meniarap. Tapi sekejap sangat.. Dia akan menjerit selepas berjaya meniarap. Letih la tu agaknya.. Depan Mummy dan Papanya belum lagi dia tunjuk..
* my muchuk, my bulat-bulat.. mummy miss you so much *
Walaupun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga, pagi Sabtu lepas, Mummy & Papa bawa Hadirah ke hospital. Doktor kata dari segi saintifiknya, antara faktor penyebab cirit-birit adalah cara penyediaan susu tak bersih, atau bayi memasukkan tangan/objek yang tak bersih ke dalam mulut atau mungkin kerana bertukar susu, yang mungkin mengakibatkan jangkitan dalam usus. Jika Hadirah cirit-birit berterusan lebih kurang seminggu walaupun selepas diberi ubat, doktor syorkan untuk tukar susu Hadirah kepada susu soya based. Habiskan satu tin kecil then tukar semula kepada susu yang biasa Hadirah minum. Ini mungkin boleh membaiki ususnya.. itu kata doktor la..
So, sekarang ni tengah tunggu dan lihat keadaan Hadirah.. lepas bagi ubat (air garam perisa oren kegemaran Hadirah!) semalam, cirit-birit Hadirah dah semakin berkurangan..tak sekerap sebelum pergi hospital.. Moga-moga Hadirah akan sihat kembali seperti biasa.. Tak senang hati juga bila berjauhan begini dengan Hadirah.. Terasa pantas sungguh masa berlalu..terasa sekejap benar masa untuk melayan kerenah Hadirah yang macam tahu-tahu saja Mummy akan pulang ke Puchong semula.. Setiap hujung minggu, perlu pujuk-pujuk Hadirah dulu..then bila dah mesra-mesra, terpaksa berpisah semula.. Jenuh la nak pujuk memujuk Hadirah tiap-tiap minggu.. Kalau Hadirah merajuk memang lama.. Kadang-kadang nak pujuk dia dari lewat petang Jumaat sampai pagi Sabtu, baru la dia ok.. (merajuk macam Mummy la pulak!)
* kerana rindu Papa kepada Hadirah, atas karpet pun jadi untuk melepaskan rindunya.. *
Kalau dengan Papa, Hadirah ok je.. mungkin sebab Hadirah dah biasa sejak dari dalam pantang lagi, Hadirah akan jumpa Papa setiap hujung minggu.. Takpe la.. Mummy akan bersabar.. Mummy yakin lama kelamaan Hadirah akan faham dan terima keadaan Mummy yang ada untuknya pada hujung minggu sahaja..
No comments:
Post a Comment