Thursday, 2 June 2011

Ke Hospital 12.00 am


Assalamualaikum...

Tengah malam semalam, tepat 12.00 am, Hadirah dibawa ke wad emergency hospital. Gara-gara Hadirah tak boleh tidur terlentang sebab ada kahak kat tekak and seperti sukar bernafas + tak pandai bernafas ikut mulut.. Tapi nasib baik la Hadirah tak apa-apa. Cuma berkahak je.. Takut juga paru-paru dia bermasalah. Tapi doktor kata Hadirah tak ada apa-apa.. Cuma mungkin dia tak pandai nak buang kahak menyebabkan dia susah nak bernafas.. Mula-mula risau juga sebabnya Hadirah tak nak tidur terlentang macam biasa. Asyik nak meniarap atas dada Mummy je.. 

Bila dah sampai tahap macam tu then tengok pula Hadirah macam tercungap-cungap nak ambil nafas, siapa yang tak risau. Bila menyusu pula, asyik menangis je. Tak menyusu dia menangis, bila menyusu lagi la dia menangis.. Tu yang terus bawa Hadirah ke hospital..

Doktor cuma bagi ubat untuk mencairkan kahak dan ubat demam kalau-kalau Hadirah demam nanti. Doktor pesan untuk jaga suhu badan Hadirah supaya dia tak demam. Kalau demam mungkin susah sikit nak sembuh cepat. Bila time bagi makan ubat sure susah. Terpaksa pakai alat yang macam picagari tu. Nasib baik dah beli siap-siap time pergi klinik hari tu.. Ubat dah la ubat air.. Tapi elok juga ubat air, senang nak bagi guna alat tu..

Mula-mula doktor pun takut nak bagi ubat sebab Hadirah baru 2 bulan lebih.. Serba salah lagak doktor tu. Tapi bila Mummy kata Isnin lepas masa pergi klinik nurse ada bagi ubat demam yang air baru la doktor tu bagi ubat air untuk mencairkan kahak Hadirah.. Tu pun doktor was-was juga sampai doktor tu pun baca label botol ubat tu sampai habis baru la doktor decide bagi Hadirah..

Hadirah tak suka ubat sebenarnya.. Ikut Mummy la ni. Bila bagi ubat je dia luahkan balik. Siap sembur-sembur lagi. Dah pandai dah...

* nak turunkan suhu badan.. *

Alhamdulillah.. sekarang ni Hadirah dah OK sikit walaupun dia meragam lagi.. Sekurang-kurangnya dia dah boleh tidur terlentang macam biasa..

Si Hadirah ni cerdik juga. Rasa-rasanya Hadirah dah marked staff nurse sebabnya Hadirah asyik tenung nurse yang jauh dari dia malam semalam. Mungkin Hadirah ingat lagi nurse la yang dah cucuk dia hari tu. Sebabnya bila dia menangis kena injection, dia terhenti sekejap then tenung muka nurse tu semacam je sebelum sambung nangis balik.. Malam tadi bila nampak nurse pakai baju putih dia tenung je.. Doktor kacak depan dia pun dia tak pandang.. Dia gedik mengada-ngada dengan doktor tu sekejap je sebelum dia nampak nurse yang bertugas kat Wad Emergency tu..

 
haishhhh.. habis la.. Nanti bila nampak je orang pakai baju staff nurse sure Hadirah tak nak pergi klinik.. Takut dengan nurse..


No comments: